Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Sunday, October 28, 2012

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;


1. Dr. Muhammad Tahir al-Qadri adalah salah seorang ulama' ahli sunnah dan jama'ah yang masyhur di peringkat antarabangsa dengan penguasaan pelbagai disiplin ilmu, shariah, hadith, tasawwuf, perundangan, ekonomi dan sebagainya.
Pembaca boleh membaca latar belakangnya DI SINI. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang kuat menentang fahaman Wahhabi dan Irhabi di peringkat antarabangsa.


2. Para Habaib seperti al-Habib Ali Zainal Abidin al-Jufri dan guru beliau al-Habib Umar Ibn Hafiz adalah di antara mereka yang mengambil sanad hadith dari Shaykh Tahir al-Qadri yang merupakan salah seorang ulama' besar hadith di Pakistan. 

3. Di antara guru beliau ialah al-Sayyid Alawi Ibn 'Abbas al-Maliki, bapa kepada al-Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi al-Maliki, yang begitu dekat kecintaannya kepada ramai umat Islam di Malaysia.

4. Penulis tidak bercadang untuk mengulas penulisan Shaykh Tahir al-Qadri di sini. Tujuan penulis di sini hanyalah untuk memperkenalkan sebahagian tokoh ulama' besar ASWJ yang sangat komited dan dedikasi menentang fahaman Wahhabiyyah. Pembaca bolehlah terus mengikuti ceramah dan pengajian beliau yang banyak terdapat di dalam YouTube atau secara talaqqi apabila berkesempatan. 

Mengetahui para ulama' yang benar adalah asas keselamatan agama di zaman ini.

5. Shaykh Tahir al-Qadri telah mengeluarkan fatwa menentang Terrorism (Irhabiyyah) yang berjumlah sebanyak 600 mukasurat dan fatwa beliau telah disahkan oleh pihak Universiti Al-Azhar, Qaherah.

6. Di sini penulis, letakkan links kepada sebahagian daripada fatwa beliau yang sangat kemas dan indah ketika beliau melancarkan fatwa tersebut di UK. Sesiapa yang boleh memahami B. Inggeris, silalah ambil manfaat. 


Dan seterusnya di YouTube.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 comments: